Program Ditawarkan Di JTMK

Sinopsis

Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).

Program ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi. Pelajar akan mengikuti kuliah, melaksanakan tugasan, membuat kerja projek, melaksanakan kerja-kerja amali dan menjalani latihan di industri. Program ini menawarkan modul-modul pengkhususan dalam bidang teknologi maklumat seperti Asas Pengaturcaraan, Perisian Aplikasi, Komputer dalam Teknologi Maklumat, Sistem Digit dan Mikro Pemproses, Pengaturcaraan Visual Basic, Pengurusan Rekod, Sistem Pengoperasian, Komunikasi Data dan Sistem Telekomunikasi, Algorithma dan Struktur Data, Pengaturcaraan C++, Asas Perniagaan, Akitektur dan Organisasi Komputer, Multimedia, Sistem Pangkalan Data, Pengaturcaraan Java, Rangkaian Komputer, Pembangunan Perisian, Visual Basic dengan Pangkalan Data, Pengurusan Perniagaan, Pembangunan Web, Pengurusan Projek, Sistem Maklumat, E-Dagang dan Pengurusan Perisian. Modul-modul elektif seperti Prinsip Mikro Pemproses, Pengurusan SQL Server, Rekabentuk Rangkaian Kampus dan Animasi Digital juga ditawarkan sebagai pilihan kepada pelajar. Pelajar yang berjaya menamatkan program ini berpeluang untuk menceburi bidang pekerjaan sebagai Pembantu Juru Analisa Sistem dan Juruteknik. Lulusan Program ini juga berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi di Institusi Pengajian Tinggi dalam bidang teknologi maklumat.

 

diploma teknologi maklumat (rangkaian).

Program ini memperkenalkan pelajar kepada konsep dan teori reka bentuk, pelaksanaan dan penyenggaraan rangkaian komputer. Kursus khusus meliputi Teknologi Perkakasan Komputer, Sistem Digital, Asas Rangkaian dan Keselamatan Rangkaian. Pelajar juga didedahkan kepada teknologi perisian sumber terbuka dalam program berikut: Sistem Operasi Sumber Terbuka, Pengaturcaraan Java, Pengaturcaraan Web dan Sistem Pangkalan Data. Kursus pengaturcaraan dan aplikasi lain termasuk juga Aplikasi Pangkalan Data, Pengaturcaraan dan Penyelesaian Masalah, Asas Pengaturcaraan dan Pengaturcaraan Visual Basics. Keusahawanan siber dan projek berkaitan kursus juga dimasukkan dalam program.

Ia membekalkan pengertahuan tentang teknologi rangkaian komputer, pengurusan rangkaian dan keselamatan maklumat yang boleh diaplikasikan dalam bidang kerjaya yang luas dalam dunia ICT dan keusahawanan. Program ini menekankan kepada kaedah pembelajaran kendiri dan projek, maka lulusan akan lebih bersedia untuk menghadapi cabaran industri rangkaian komputer.

 

Syarat Kemasukan Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan).

Lulusan SPM dan setaraf (Politeknik Konvensional & METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Bahasa Melayu
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian berikut:
  • - Matematik atau Matematik Tambahan
  • - SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional / Sastera Iktisas
  • - TIGA (3) mata pelajaran lain

Politeknik yang menawarkan :

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian).

Lulusan SPM dan setaraf (Politeknik Konvensional & METrO)

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus Bahasa Melayu
  3. Lulus Bahasa Inggeris
  4. Mendapat LIMA (5) kepujian berikut:
  • - Matematik atau Matematik Tambahan
  • - SATU (1) mata pelajaran kumpulan Sains / Teknologi / Vokasional / Sastera Iktisas
  • - TIGA (3) mata pelajaran lain

Politeknik yang menawarkan :