Perutusan Ketua Jabatan

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web Jabatan Pengajian Politeknik (JPP).

Politeknik merupakan salah satu daripada saluran utama penjanaan modal insan, yang dipertanggungjawabkan menggalas tugas murni untuk merealisasikan Rancangan Malaysia Ke10 (RMKe-10) bagi melahirkan generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis. 

Suasana pendidikan global masa kini semakin mencabar dan memerlukan tindakan luar daripada kebiasaan. Arus globalisasi menuntut perubahan Sistem Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training - TVET). Perubahan tersebut bukan sahaja melibatkan usaha bagi meningkatkan tahapnya ke peringkat yang lebih tinggi bahkan juga memerlukan tindakan perubahan yang menggabungkan produktiviti, kreativiti dan inovasi agar dapat melonjakkan politeknik sebagai peneraju TVET negara ke tahap yang lebih kukuh dan tinggi dalam rantaian nilai sektor pendidikan dan latihan. 

Transformasi Politeknik yang selaras dengan Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) serta Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), berupaya meningkatkan politeknik menjadi laluan alternatif untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berkualiti yang mencukupi bagi menjayakan ekonomi baharu yang berlandaskan inovasi dan kreativiti. Pengkomersilan hasil penyelidikan dengan mewujudkan kolaborasi antara politeknik dan industri akan mempertingkat dan mempercepatkan kadar perpindahan teknologi sekaligus membantu proses inovasi di peringkat industri sehingga ke satu tahap yang membanggakan. Keyakinan ini akan menarik minat industri untuk melabur dengan politeknik sekaligus menjadi sumber kewangan bagi membiayai aktiviti penyelidikan dan inovasi politeknik. Ini akan membantu merancakkan lagi daya saing produktivi negara. 

Politeknik perlu terus bergerak untuk meningkatkan kualiti berdasarkan sistem penarafan bintang atau Star Rating System, seperti penarafan program bagi tujuan pengakreditasian oleh pihak Malaysian Qualification Agency (MQA). Peningkatan keyakinan peringkat global membolehkan berlakunya mobiliti antara tenaga pengajar dan pelajar supaya politeknik berada setaraf dan seiring dengan institusi teknikal terkemuka di peringkat antarabangsa. Melalui pengembelingan usaha antara JPP, MQA, IPTA, IPTS dan industri, JPP mampu merealisasikan National Standard For Technical And Vocational Education And Training (NASTVET) di mana sesebuah institusi pengajian (terutamanya IPTS) boleh menggunapakai kurikulum standard peringkat diploma ke atas yang telah dibangunkan oleh JPP tanpa perlu melalui proses penggubalan kurikulum yang panjang dan kos yang tinggi. Pihak-pihak IPTS boleh menggunapakai kaedah penilaian dan peperiksaan yang dibangunkan dan dikawalselia oleh JPP secara langsung dan ini akan dapat mensetarakan tahap kualiti lulusan bagi sesuatu program dari kacamata pihak majikan, tidak kira dari institusi latihan mana lulusan itu berasal. 

Politeknik Premier pula berperanan menjadi peneraju dalam agenda transformasi dengan menjalankan program dalam bidang kebitaraan atau niche areas yang boleh menjadi asas kepada politeknik untuk dinaik taraf ke peringkat yang lebih tinggi serta menjadi pakar rujuk industri melalui Centre of Technology (COT).

Politeknik juga bertanggungjawab membekalkan talent atau bakat kepada ekonomi negara dan bukannya pekerja semata-mata dalam usaha menjana ekonomi berpendapatan tinggi, pembangunan yang mampan dan bersifat keterangkuman.

Selain itu, gabungan di antara keusahawanan dan pendidikan juga diperlukan untuk melahirkan modal insan yang tepat dalam usaha membangunkan masyarakat zaman mendatang. Pada masa yang sama, politeknik juga mesti mampu melahirkan kemahiran yang membolehkan para graduatnya berfikiran keusahawanan dan menyediakan mereka sebagai pemimpin masa hadapan yang mampu berhadapan dengan masaalah yang lebih kompleks dan berubah dengan pantas.

Akhir kata, adalah diharapkan institusi politeknik yang sedang melalui proses transformasi boleh menghasilkan kejayaan kepada pelajar, industri, masyarakat dan negara sama ada dari segi pekerjaan, pendapatan tinggi, produktiviti, inovasi, persaingan dan penjanaan peluang ekonomi baharu. Saya percaya dan berkeyakinan penuh agar seluruh warga JPP dan politeknik sama-sama berusaha menggembeling tenaga bagi mempastikan kejayaan agenda transformasi politeknik yang kita rencanakan bersama.

Sekian.

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

En. Jailani Bin Mohideen @ Mahadi
Ketua Jabatan
Jabatan Teknologi maklumat dan komunikasi
Politeknik Sultan Idris Shah
Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia


Maklumat Terkini

Ut wisi enim ad minim veniam quis nostrud exerci tation ullamcorper laoreet dolore magna.Quis nostrud exerci tation.

Sistem Dalaman PSIS

Penilaian Pensyarah


Sistem ini bertujuan menggantikan kaedah manual bagi pelajar membuat penilaian keatas pensyarah. Sistem ini dipantau oleh Penyelaras Kualiti Jabatan dan Politeknik.

Penilaian Penasihat akademik


Sistem ini bertujuan menggantikan kaedah manual bagi pelajar membuat penilaian keatas Penasihat Akademik. Sistem ini dipantau oleh Penyelaras Penasihat Akademik.
Sistem Dalaman JTMK

SISTEM PENGGANTIAN KELAS

Sistem ini bertujuan memudahkan pensyarah untuk memilih masa dan tempat yang sesuai bagi penggantian kelas dandapat mengelak daripada berlaku pertindihan kelas.

SISTEM PROJEK AKHIR PELAJAR

Sistem ini dapat memudahkan Pensyarah dan Pelajar bagi membuat penilaian samaada dalam bentuk 'peer assessement', 'presentation' dan sebagainya.